Sekolah adalah tempat di mana murid mempelajari ilmu tidak kira secara langsung atau pun tidak langsung. Guru sebagai penyampai di sekolah sentiasa berhadapan dengan pelbagai karenah murid yang kadangkala menimbulkan pelbagai masalah yang melibatkan disiplin. Isu disiplin pelajar di SRA/SRAI tidaklah begitu serius jika dibandingkan dengan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya guru berhadapan dengan masalah disiplin murid, terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan bagi membantu murid-murid di sekolah bagi menangani masalah disiplin murid ini yang tidak begitu berat dan dapat ditangani oleh guru. Antaranya ialah melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan mentoring. Penasihatan murid berkait rapat dengan kaunseling. Kaunseling marupakan perbincangan mengenai masalah, biasanya berbentuk emosional antara kaunselor dengan klien agar klien dapat menyelesaikan masalah dengan lebih baik. Kaunseling penting untuk membantu seseorang dari segi motivasi dan juga strategi yang betul untuk melakukan sesuatu.
Konsep Bimbingan
Bimbingan merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Sebagai contoh memberi tunjuk ajar untuk bertingkah laku yang baik atau memberikan strategi belajar yang berkesan. Bimbingan juga bermaksud memberika fokus kepada potensi seseorang individu serta menolong individu membuat pilihan yang tepat.
Falsafah & Prinsip dalam Bimbingan dan Kaunseling
- Empati
- Menerima tanpa syarat
- Ketulenan & Kongruen
- Kemesraan
- Merahsiakan
- Teraputik
Objektif Umum Kaunseling Pelajar
- Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran
- membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai.
- Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya.
- Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi.
- Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru.
Proses dalam Bimbingan dan Kaunseling
Fasa 1 : kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
Fasa 2 : Menguasai kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.
Fasa 3 : Proses mengenali pelajar
Fasa 4 : Proses membimbing pelajar.
Ciri-ciri guru pembimbing
Guru pembimbing perlulah menjadi agen kerahsiaan bagi pelajar dan pendorong untuk pelajar. Pelajar akan berasa selamat untuk meluahkan sebarang masalah kepada guru untuk diselesaikan dan lebih cenderung untuk tekun dalam belajar. Pendidikan yang bermutu dan efektif menekankan kepada tiga aspek iaitu administratif atau kepimpinan, instruksional dan kaunseling. Kepentingan antara perhubungan guru dan murid ditekankan dalam salah satu daripada model Sim yang menyatakan bahawa perhubungan yang baik antara guru dan murid mampu menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana p&p yang berkesan. Antara ciri-ciri guru pembimbing ialah :
- Kemahiran berkomunikasi
- kemahiran mendengar
- Kebolehan menyimpan rahsia mengimpan
- Empati
- Berfikiran terbuka
- Yakin dan bersedia
- ikhlas dan jujur
- Non-judgemental
- Humor
- Bertanggungjawab
Enam teknik yang dianjurkan oleh syarak dalam penasihatan :
Antara teknik yang dianjurkan oleh agama Islam dalam penasihatan adalah nasihat, tawsiyah, tazkirah, irsyad, qiyadah, qudwah dan islah.
- Nasihat adalah dikatakan sebagai teknik yang paling mudah dan merangkumi komunikasi dua hala. Orang yang dinasihati mestilah menerima dengan hati dan fikiran yang terbuka dan diikuti dengan kesungguhan untuk mula membaiki diri. Pada masa yang sama, orang yang memberikan nasihat mestilah sabar, berhati-hati dalam menggunakan perkataan yang sesuai dan memilih suasana emosi yang betul.
- Tawsiyah yang bermaksud pesanan. memberi pesanan dan saling mengingatkan antara satu sama lain merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim dan pesanan haruslah disampaikan berlandaskan prinsip kebenaran untuk kebaikan semua pihak.
- Tazkirah beerti peringatan. Orang mukmin hendaklah sentiasa saling memperingati antara satu sama lain. Tugas memperingati antara satu sama lain dapat menyelamatkan saudaranya daripada melakukan kemungkaran atau berada di dalam kesusahan.
- Irsyad bermaksud menunjuk ke arah kebenaran. Sesungguhnya perasaan dan akal yang dipimpin oleh panduan ayarak boleh menyelamatkan manusia daripada kesesatan di dunia dan akhirat.
- Qiyadah bermaksud pimpinan. Pimpinan juga mempunyai pertalian rapat dengan bimbingan dan teladan. Seorang penasihat mestilah boleh memimpin dirinya sendiri dan mampu memimpin orang lain. Tugasnya bukan hanya menyatakan sesuatu yang baik, tetapi hendaklah mengetahui jalan atau cara untuk melakukan kebaikan.
- Qudwah atau uswah bermaksud teladan. Oleh itu penasihat mastilah menampilkan keyakinan diri sebagai teladan dan boleh memberi keyakinan kepada pelanggan. Jika penasihat tidak memenuhi syarat demikian, maka pelanggan akan mempunyai satu tanggapan yang meleset terhadapnya.
- Islah iaitu membaiki hubungan antara manusia yang meliputi hubungan seorang insan dengan kedua ibubapa, adik-beradik, kawan-kawan, jiran, majikan dan masyarakat seluruhnya. Memulihkan hubungan antara manusia atau mendamaikan manusia termasuk dalam kebajikan dan akan dikurniakan ganjaran yang besar.
Penasihatan
Penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah.
Zuraidah (1994) berpendapat bahawa nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi.
Gibson dan Mitchell (1999) menyatakan nasihat yang digunakan bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berhuna. Nasihat yang diberikan juga berguna untuk mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak.
Individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal.Contohnya murid yang merokok dan ponteng sekolah.
Ciri-ciri penasihatan
- Lebih memfokuskan atau menumpukan kepada permasalahan yang dihadapi berbanding mereka yang bermasalah.
- Menjurus kepada bentik arahan atau suruhan daripada seseorang yang dianggap lebih berautoriti kepada individu lain.
- Strategi yang paling cepat untuk menyelesaikan dan mengatasi permasalahan tersebut dengan lebih efektif.
Konsep Mentoring
Mentor adalah untuk menyokong dan menggalakkan orang ramai untuk menguruskan pembelajaran mereka sendiri dalam perintah bahawa mereka boleh memaksimumkan potensi mereka, membangunkan kemahiran mereka, memperbaiki prestasi mereka dan menjadi orang yang mereka mahu. Mentoring adalah proses yang dilaksanakan oleh mentor terhadao mantee. Dalam konsep mentoring, mentor perlu membimbing manteeuntuk menjadi individu yang mampu mengembangkan potensi diri, sikap dan memberi panduan kepada mantee dalam mencari arah panduan yang betul dan siapa yang boleh membantu mereka dalam menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi sama ada akademik mahupun personal.
Pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh mentor sebagai panduan untuk mencapai objektifnya. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dalam proses mentoring adalah aktiviti yang terancang di dalam dan luar bilik darjah, permainan serta membentuk kumpulan kecil untuk membincangkan sesuatu topik atau permasalahan.
Motif utama dalam proses mentoring adalah memberi peluang kepada mantee untuk menimba, mencuba dan menggunakan kemahiran yang mungkin dapat membantu mantee dalam menyelesaikan masalah dan meneroka idea-idea baru dengan yakin.
Ciri-ciri Mentoring
Mentoring merujuk kepada proses pembelajaran yang aktif buat mantee. Proses ini mementingkan personal dan profesional yang berterusan untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Proses ini juga memudahkan sesuatu transisi dan memastikan berlaku perkembangan positif.Ia bertindak balas terhadap kelebihan individu, nilai dan keperluan mentor dan mantee. Proses ini juga membentuk kesedaran kepada pelajar agar bertimbang rasa dan akur kepada kesilapan yang sukar dielakkan serta menerima kesilapan yang boleh diterima dan sebaliknya.
Proses Mentoring
- Menjalin perhubuingan
- Merunding persetujuan
- Perkembangan profesional mantee
- Menamatkan perhubungan
mohon share ya;) bagus informasi
ReplyDeleteapa yang baik sudah tentu boleh di kongsikan. Terima kasih
DeleteSAYA hargai usaha kalian
ReplyDelete