Modul Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah JAIS ini telah diperkenalkan oleh bahagian BPI JAIS bagi memudahkan Guru Disiplin dan Guru HEM merancang serta membuat penambahbaikan terhadap disiplin murid di setiap sekolah. Di dalam organisasi yang telah dilantik AJK seharusnya menjalankan tanggungjawab dalam meningkatkan prestasi murid serta membantu pihak sekolah menangani masalah yang melibatkan diisiplin pelajar di sekolah masing-masing. Sepertimana yang difahami, Badan Disiplin sekolah seharusnya berperanan melantik pengawas yang boleh menjalankan tugas dengan sebaiknya serta yang akan membantu dalam pengurusan di sekolah. Dalam mesyuarat yang dijalankan juga Guru Disipilin perlu menjelaskan tugas kepada semua pengawas bagi memudahkan mereka memahami tugas masing-masing di sekolah. Pengawas yang dilantik adalah hasil daripada temuduga yang telah dijalankan oleh Guru Disiplin dan mereka ini adalah yang telah melepasi ujian yang telah dijalankan. Bagi yang memerlukan panduan dalam pengurusan disiplin di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor dan juga sekolah-sekolah yang berkaitan, di bawah ini disertakan panduan Modul Pengurusan Disiplin yang boleh dikongsi bersama bagi mengurangkan masalah disipin di sekolah. Diharapkan ianya dapat memberikan manfaat serta pengetahuan kepada semua. Di bawah ini Modul yang boleh digunakan dalam Pengurusan Disiplin di sekolah dan semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.
Terima Kasih
MODUL PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Terima Kasih
MODUL PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR
Isi Kandungan
1. Carta Ahli Lembaga Disiplin Sekolah
2. Carta Organisasi AJK Disiplin Sekolah
3. Mesyuarat Lembaga disiplin Sekolah
4. Penguatkuasaan disiplin sekolah
5. Perlantikan pengawas sekolah
6. Penutup
_________________________________________________________________
CARTA ORGANISASI AJK LEMBAGA DISIPLIN
Guru Besar
( Pengerusi )
GPK 1
( Naib Pengerusi )
GPK HEM
( Naib Pengerusi 2 )
Ketua Guru Disiplin
( Setiausaha )
Guru Disiplin
( Ahli )
Penyelaras Kelas
( Ahli )
Ahli-ahli lain yang difikirkan perlu
___________________________________________________________________
BADAN DISIPLIN
Guru Besar
( Penasihat 1 )
GPK 1
( Penasihat 2 )
GPK HEM
( pengerusi )
Ketua Guru Disiplin
Setiausaha Badan Disiplin
5 orang AJK guru disiplin
Pengawas sekolah ( Semua pengawas yang dilantik oleh sekolah )
___________________________________________________________________
MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH
1. Perancangan Mesyuarat
1.1 Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali (2) setahun.
1.2 Ketua Guru Disiplin merancang dan menetapkan Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah bersama GPK
HEM.
2. Notis Mesyuarat
2.1 Ketua Guru Disiplin mengedar surat panggilan Mesyuarat Lembaga Disiplin sebelum mesyuarat.
2.2 Semua guru berkenaan dikehendaki menyediakan laporan yang perlu untuk di bawa ke mesyuarat.
3. Pelaksanaan Mesyuarat
3.1 Agenda Mesyuarat
3.1.1 Ucapan Pengerusi
3.1.2 Pengesahan minit mesyuarat
3.1.3 Perkara-perkara berbangkit
3.1.4 Perkara-perkara berikut hendaklah dibincangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah
bagi tujuan penilaian.
3.1.4.1 Mengesahkan laporan statistik disiplin sekolah ( BOR/DIS/001-/ )
3.1.4.2 Keberkesanan kawalan disiplin
3.1.4.3 Kes-kes kesalahan berat dan tindakan yang diambil
3.1.4.4 Strategi Peningkatan Disiplin
3.1.5 Hal-hal lain
3.2 Minit mesyuarat
Minit mesyuarat dicatat oleh pencatat minit, disemak oleh Setiausaha Mesyuarat dan disahkan oleh GPK
HEM. Minit mesyuarat akan diedarkan bersama Senarai Tindakan Mesyuarat ( LAM/DIS/001-2 )
selepas mesyuarat dilaksanakan.
4. Tindakan susulan
4.1 GPK HEM bertanggungjawab memantau status tindakan sebagaimana yang telah diputuskan oleh
mesyuarat dan dinyatakan dalam Senarai Mesyuarat ( LAM/DIS/001-2 )
4.2 Guru Besar dikehendaki memastikan tindakan susulan telah diambil oleh mereka yang terlibat seperti
yang telah dinyatakan dalam senarai tindakan mesyuarat. Laporan Pemantauan Status Tindakan
( LAM/DIS/001-3) akan di bawa ke mesyuarat yang berikutnya.
4.3 Ketua Guru Disiplin hendaklah menyediakan Laporan Disiplin Sekolah ( LAM/DIS/001-1 ) untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Hal Ehwal Murid akhir tahun.
____________________________________________________________________
PENGUATKUASAAN DISIPLIN SEKOLAH
__________________________________________________________________
PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
Sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor baru memulakan sistem PSP dan masalah disiplin di sekolah ini tidaklah begitu ketara jika dibandingkan dengan sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM). Ini adalah permulaan untuk JAIS meningkatkan pengurusan disiplin di sekolah dan diharapkan ianya dapat membantu guru-guru di sekolah dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan masalah disiplin. Modul ini sekurang-kurangnya membantu guru-guru dalam mengurangkan masalah disiplin di sekolah seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berdisiplin ketika berada di sekolah. Inilah yang diharapkan oleh semua guru untuk memastikan pelajarnya tidak terlibat dalam masalah disiplin serta berkelakuan lebih baik ketika berada di sekolah. Jawatankuasa yang terlibat juga seharusnya mengambil peranan dalam menjayakan Modul yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
PENGUATKUASAAN DISIPLIN SEKOLAH
1. Mengenalpasti Masalah Disiplin Sekolah
1.1 Masalah Disiplin dikenalpasti melalui:
1.1.1 Pemeriksaan yang dilakukan oleh Badan Disiplin Sekolah dibantu oleh guru-guru dan pengawas
sekolah.
1.1.2 Aduan yang diterima daripada murid, ibubapa atau penjaga dan lain-lain yang berkaitan.
1.2 Semua masalah disiplin yang dikenalpasti hendaklah direkodkan di dalam Kad Penalti
( LAM/DIS/002-1 ) atau yang seumpamanya.
2. Penguatkuasaan disiplin sekolah
2.1 Badan disiplin sekolah mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar dengan merujuk buku PSP.
2.2 semua tindakan disiplin hendaklah direkodkan di dalam Kad Penalti ( LAM/DIS/002-1 ) atau yang
seumpamanya oleh Badan Disiplin Sekolah.
2.3 Tindakan Disiplin yang melibatkan potongan 40 mata ke atas perlu di laporkan ke Sektor
Pembangunan Kemanusiaan BPI.JAIS.
3. Anallisa dan Penilaian
3.1 Semua aktiviti yang berlaku akan dinilai dan dianalisis oleh Badan Disiplin Sekolah sebelum Mesyuarat
Lembaga Disiplin Sekolah . Antara perkara-perkara yang dinilai adalah seperti berikut:
3.1.1 Salahlaku yang berlaku mengikut jenis salahlaku.
3.1.2 Tindakan disiplin yang telah dilaksanakan
3.1.3 Kekangan Badan Disiplin Sekolah dalam penguatkuasaan disiplin sekolah.
3.1.4 Cadangan-cadangan penambahbaikan.
3.1.5 Perkara lain( jika ada )
__________________________________________________________________
PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH
1. Perancangan
1.1 Badan Disiplin Sekolah menjalankan Mesyuarat Perlantikan Pengawas Sekolah bermula pada
penggal ke-2 persekolahan untuk perlantikan tahun berikutnya.
1.2 Mesyuarat ini membincangkan perkara-perkara berikut:
1.2.1 Menilai prestasi pengawas sedia ada melalui pemerhatian secara umum.
1.2.2 Menetapkan tempoh pencalonan.
1.2.3 Melantik ketua panel dan sekurang-kurangnya seorang ahli panel penemuduga.
1.2.4 Menyediakan garis panduan pencalonan dan temuduga.
1.2.5 Menetapkan tarikh perlantikan.
2. Pencalonan
2.1 Badan Disiplin Sekolah mengedarkan Borang Pencalonan Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-1 )
kepada Guru Kelas Tahap (2) atau bagi sekolah yang memerlukan , boleh melibatkan tahap satu (1)
tahun satu hingga tahun tiga.
2.2 Guru Kelas mengembalikan Borang Pencalonan Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-1 ) dalam masa
satu minggu dari tarikh borang pencalonan diedarkan.
3. Temuduga
3.1 Panel Penemuduga Pengawas Sekolah melaksanakan temuduga menggunakan Borang Temuduga
Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-2 )
3.2 Panel Penemuduga Pengawas sekolah akan mengadakan perbincangan setelah proses temuduga
selesai untuk membuat pemilihan calon-calon pengawas yang berjaya.
3.3 Panel Penemuduga melaporkan Keputusan Temuduga Pemilihan Pengawas sekolah
( BOR/DIS/003-3) kepada Badan Disiplin Sekolah selewat-lewatnya satu menggu dari tarikh
temuduga selesai dilaksanakan.
4. Perlantikan
4.1 GPK HEM akan mengesahkan laporan keputusan temuduga dan senarai nama pengawas yang akan
dilantik.
4.2 Ketua Guru Disiplin Sekolah akan menyediakan surat lantikan Pengawas Sekolah yang akan
ditandatangani oleh Gu8ru Besar.
4.3 Majlis perlantikan disempurnakan oleh Guru Besar dalam perhimpunan sekolah. GPK HEM
hendaklah bertanggungjawab memastikan aktiviti perlantikan ini selersai dilaksanakan
selewat-lewatnya akhir Januari.
_______________________________________________________________
PENYUDAH KATA
- Diharapkan sekolah dapat memainkan peranan penting dalam mengawal salah laku disiplin di sekolah
- Keselarasan tindakan di semua sekolah SRA/SRAI adalah menunjukkan kehebatan pengurusan, walaupun tidak mempunyai prasarana yang mencukupi.
- Yang hak tanpa peraturan boleh dikalahkan oleh yang batil yang mempunyai peraturan.
**********************************************************************
Sebagai seorang pendidik seharusnya kita mengambil peranan untuk mendidik diri dan orang lain supaya berdisiplin dalam apa jua situasi walaupun dalam keadaan terpaksa kerana dengan cara inilah kita dapat mematuhi sebarang peraturan yang ada.
ReplyDelete