Hari ini saya ingin berkongsikan tentang masalah displin yang sering berlaku di sekolah terutamanya di SRA dan SRAI di bawah Jabatan Agama Islam ( JAIS). Masalah disiplin ini sering berlaku di kalangan pelajar SRA dan SRAI begitu juga di sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tanggungjawab dan peranan guru disiplin memantau masalah disiplin ini adalah diperlukan ini bagi memastikan masalah ini tidak berleluasa dan disiplin pelajar dapat ditangani dengan sebaiknya. Di sini saya ingin berkongsikan pengalaman ketika baru memulakan kerjaya sebagai guru di salah sebuah sekolah di bawah JAIS. Situasi berlaku pada Tahun 2000 ketika itu saya memegang kelas Tahun 6. Kesalahan murid tersebut ialah dia telah membuang air kecil di dalam botol minuman dan bukan di dalam mangkuk tandas yang sepatutnya dia melepaskan hajatnya itu. Kesalahan itu bukan hanya dilakukan berseorang tetapi bersama rakannya yang lain yang seangkatan dengannya.Pada saya membuang air kecil di dalam botol minuman itu adalah suatu kelakuan yang tidak sopan dan beradab. Kita dari kecil telah dilatih oleh ibubapa untuk membuang air di dalam tandas bukannya di dalam botol muniman. Kesalahan itu memang tidak serius tetapi sebagai pelajar di mana akhlak dan adab yang telah di ajar dan tunjukkan oleh guru yang seharusnya diikuti? Adakah ibubapa mereka telah mendidik mereka untuk berkelakuan sedemikian atau pun murid tersebut tidak memandang peraturan sekolah yang telah ditetapkan.
Di sinilah peranan guru disiplin untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Ketika itu guru disiplin hanya mampu memberi teguran dan nasihat kerana beranggapan kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut tidaklah besar jika dibandingkan dengan kesalahan-kesalahan yang lain. Sistem PSP juga belum lagi diperkenalkan oleh JAIS ketika itu. Murid tersebut telah diberi amaran oleh guru disiplin bersama rakannya yang lain. Tiada tindakan susulan yang dibuat dan keadaan ini boleh menyebabkan murid tersebut mengulngi perbuatannya. Tetapi pada hari ini jika kesalahan yang sama dilakukan oleh pelajar, sistem PSP yang diwujudkan oleh JAIS boleh menyebabkan murid yang terlibat akan menerima hukuman berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan dan sekiranya sistem mata melebihi jumlah yang dihadkan , maka murid tersebut boleh dibuang sekolah di atas kesalahan yang telah dilakukan.
Saya melihat perubahan demi perubahan yang dilakukan oleh JAIS bagi mempertingkatkan sistem pendidikan di negeri Selangor khususnya setelah hampir 13 tahun berkhidmat sebagai guru di bawah JAIS. Sistem PSP yang diperkenalkan ini sekurang-kurangnya mengurangkan kesalahan-kesalahan yang melibatkan murid di sekolah. Sistem mata yang digunakan juga dapat membantu guru disiplin untuk mengurangkan kesalahan di kalangan pelajar. Setiap kesalahan akan direkodkan melalui kad penalti, borang aduan salah laku dan sebagainya. Inilah perubahan yang jelas nampak dilakukan oleh JAIS bagi meningkatkan tahap pendidikan anak-anak di negeri Selangor. Di harapkan sistem PSP ini akan terus dipertingkatkan bagi melahirkan generasi muda yang sifar kesalahan disiplin.
Sila berikan komen ya. Syukran
ReplyDelete