Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:
“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”
- Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”.
- Mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.
- Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
- Disiplin adalah perkataan latin discere yang bermaksud penyerahan kepada peraturan yang menstrukturkan apa yang perlu dipelajari. (Souper; 1976 dalam Omardin Ashaari; 1999). Definisi ini memberikan penekanan kepada kepatuhan terhadap set peraturan yang telah ditentukan.
- Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada kerana dorongan faktor luaran mahupun atas kerelaan dan kehendak sendiri. Takrifan ini merujuk disiplin dalam suatu kontinum yang sangat luas iaitu akur kepada peraturan yang tersedia.
Berdasarkan takrifan ini, Mohd. Ismail Othman (2004) menjelaskan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk bekerja atau melakukan sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mempraktikkan tingkah laku yang baik dan memelihara kepentingan orang lain. Takrifan ini membolehkan kita menentukan bahawa individu yang berdisiplin dicirikan oleh tiga kriteria penting iaitu komited terhadap tugasan, hormat kepada hak dan kepentingan orang lain serta berkelakuan baik.
- Dalam konteks sekolah, Mok Soon Sang (1995) mengaitkan disiplin dengan kemampuan pelajar mematuhi peraturan sebagai suatu mekanisme kawalan tingkah laku melalui ganjaran dan hukuman. Guru harus bijak memilih pendekatan yang terbaik dalam membentuk disiplin pelajar sama ada melalui ganjaran atau hukuman. Selain itu guru perlu bersikap tegas, telus dan tekal dalam menangani masalah disiplin pelajar.
- Menurut Buluc (2006), disiplin adalah berkait dengan pembangunan mekanisme dalaman yang membolehkan seseorang individu mengawal diri. Disiplin juga dikaitkan dengan suatu bentuk latihan yang dapat menghasilkan watak tertentu atau pola tingkahlaku yang diingini melalui peraturan dan cara-cara tertentu.
- Disiplin juga sering dikaitkan dengan hukuman, terutamanya hukuman koperal. Hukuman koperal ialah bentuk tindakan yang mengakibatkan kesakitan kepada anggota badan. Hukuman rotan merupakan salah satu bentuk hukuman koperal yang masih diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia (Mohd. Rashid Mohd. Saad; 2005). Merotan pelajar perlu dilaksanakan mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
- Seiring dengan perubahan persekitaran pendidikan, strategi menangani masalah disiplin pelajar juga perlu diberikan ‘sentuhan baru’ yang lebih berunsurkan ‘human touch’. Contohnya, perubahan minda tentang kesedaran masyarakat kini terhadap hak mendedahkan sekolah dan guru kepada risiko perundangan. Oleh itu sebarang tindakan disiplin yang diambil oleh guru dan pihak pengurusan sekolah perlu mengambilkira peruntukan perundangan dan prosuder yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama guru perlu menghayati kepentingan pengurusan disiplin pelajar secara berkesan dan merealisasikannya untuk mewujudkan suasana pengajran dan pembelajaran yang kondusif ke arah mencapai kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.
Ciri-ciri Disiplin
Berdasarkan definisi disiplin yang telah dikemukakan, secara umumnya disiplin berhubungkait dengan tatasusila, kesopanan dan akhlak. (Omardin Ashaari;1999) Secara spesifik, disiplin berpaksikan peraturan dan disandarkan kepada kesediaan seseorang individu untuk akur dan tunduk kepada set peraturan yang perlu, iltizam terhadap kerja, tingkah laku baik dan keupayaan mengawal diri serta usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan. Disiplin dapat dibentuk melalui latihan berterusan dan pemberian ganjaran serta hukuman mengikut keperluan keadaan.
Antara ciri-ciri disiplin termasuklah komited terhadap tugasan, hormat kepada hak dan kepentingan orang lain serta berkelakuan baik. Pelajar-pelajar yang berdisiplin pula lazimnya rasional, berkeyakinan tinggi dan memiliki ketabahan dalam menghadapi tribulasi pembelajaran.(Omardin Ashaari;1999)dan Abdullah Sani Yahaya(2005) pula menyatakan ciri-ciri berikut sebagai ciri utama yang membentuk disiplin:
a) kepercayaan kepada Tuhan
b) kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan
c) ketinggian akhlak dan sahsiah diri
d) kemantapan nilai murni dan budi pekerti
e) pemilikan ilmu pengetahuan
f) peningkatan produktiviti
g) keterampilan diri dan keperibadian
h) kebijaksanaan (bestari) menangani situasi
i) kualiti diri dan kehidupan
Jenis-jenis masalah disiplin
Senario semasa di sekolah-sekolah menunjukkan trend masalah disiplin yang menonjol dalam beberapap jenis seperti datang lewat, ponteng sekolah, rambut panjang, ponteng kelas, mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta kegiatan vandalisme. (Mohd. Ismail Othman; 2004). Menurut kajian Unit Disiplin Bahagian Sekolah-sekolah yang melibatkan seramai 1 191 233 orang pelajar di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar terhadap salah laku disiplin adalah menjurus kepada kesalahan-kesalahan disiplin yang ringan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan dalam rajah di bawah:
Rajah 1 : Jenis-jenis salah laku disiplin pelajar di sekolah (sumber: Abdullah Sani
Yahaya, 2005; Mohd. Othman Ismail,2003)
datang lewat
1.43%
Ponteng sekolah
1.36 %
rambut panjang
0.92 %
Ponteng kelas
0.57 %
mengganggu p&p
0.25 %
vandalisme
0.16 %
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KE ARAH
MASALAH DISIPLIN PELAJAR
Masalah disiplin adalah sama tua dengan umur institusi sekolah. (Ibrahim Saad;1982) Justeru perbincangan tentang faktor-faktor masalah disiplin pelajar sekolah diMalaysia membuka kepada ruang perbahasan yang sangat luas. Walau bagaimanapun kecenderungan mengklasifikasikan faktor-faktor tersebut pada dekad yang berbeza tidak menunjukkan perbezaan pendapat atau dapatan yang ketara.
Amir Sharifuddin (1982) mengaitkan masalah disiplin dengan beberapa faktor seperti persekitaran rumah yang tidak kondusif, hubungan hambar guru-murid, kekecewaan dalam pembelajaran, peraturan sekolah yang terlalu rigid, iklim bilik darjah yang bersifat menindas sebahagian pelajar, kelemahan pihak pengurusan sekolah dan peminggiran pelajar yang mempunyai status sosial yang renPendapat tentang hubungan hambar antara guru dan murid mempunyai hubungan dengan pernyataan Anderson & Brewer’s 1946 (dalam Hashim Deraman et al.,2002) yang menyatakan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru dalam interaksi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam darjah. Dua jenis interaksi tersebut ialah interaksi dominatif dan integratif. Amaran, tengking-herdik dan tidak menerima cadangan pelajaran merupakan amalan interaksi dominatif. Guru mendominasi aktiviti bercakap dan mengeluarkan arahan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara amalan interaksi integratif pula termasuklah guru mengiktiraf perbezaan pendapat, menggalakkan partisipasi pelajar, berempati dan menggalakkan interaksi dua hala. Kedua-dua jenis tingkahlaku interaksi ini memberikan implikasi kepada pelajar secara positif dan negatif.
Dari sisi psikologi, sifat guru yang terlalu autokratik dan dominan menyebabkan emosi pelajar sentiasa dalam keadaan tegang.(Mohd. Salleh Lebar,2000) Akibatnya pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan tertekan dan terpaksa. Suasana kan menjadi bertambah tegang apabila guru-guru yang mengajar menghabiskan masa dengan meleteri pelajar, menunjukkan muka yang tegang, terlalu serius tanpa unsur kecindan dan cenderung melabel serta menghukum pelajar. Pelajar yang gagal mengawal emosi akan menimbulkan masalah disiplin sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami.
Malek Murad (1982) pula menggabungkan faktor-faktor kemasyarakatn khususnya perubahan sosial yang mewujudkan jurang nilai antara generasi ibu bapa sebagai golongan yang lebih tua dengan generasi anak sebagai punca utama. Charles (2002) dalam Mohd. Ismail Othman (2004) juga merujuk kepada faktor masyarakat yang kurang prihatin terhadap permasalahan salah laku pelajar sekolah sebagai penyumbang utama terhadap masalah disiplin pelajar di Barat. Mohd. Ismail Othman (2004) memberikan respons yang senada dengan pendapat ini namun beliau turut menyenaraikan guru, ibu bapa, media, persekitaran dan rakan sebaya sebagai punca masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.Dalam kajian lain (Masruhan; 1995 dalam Mohd. Ismail Othman; 2004) menekankan pengaruh rakan sebaya sebagai faktor penyumbang paling berpengaruh terhadap masalah disiplin pelajar.
Menurut Rajagu dan Mohd. Daud Saad (1982) faktor kekeluargaan dan faktor sekolah merupakan dua faktor penting yang menyumbang kepada percambahan masalah disiplin pelajar. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu. Herriot & St. John (1966) (dalam Omardin Ashaari;1999) umpamanya menegaskan bahawa institusi keluarga yang tidak sempurna serta sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap perkembangan dan keperluan anak, menentang peraturan sekolah dan terlalu membela anak menyumbang kepada gejala salah laku disiplin di kalangan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang cenderung melakukan kesalahan disiplin ialah pelajar yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah.

|
1.43%
|
Ponteng sekolah
|
1.36 %
|
rambut panjang
|
0.92 %
|
Ponteng kelas
|
0.57 %
|
mengganggu p&p
|
0.25 %
|
vandalisme
|
0.16 %
|