Saturday, 22 June 2013

Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah


Kes Jenayah berat yang melibatkan murid sekolah kerap terjadi sejak akhir-akhir ini. Ia menimbulkan banyak persoalan tentang bagaimana perbuatan jenayah seumpama ini boleh dilakukan oleh golongan murid sekolah. Walaupun secara umum diketahui bahawa kejadian-kejadian ini mempunyai pelbagai kaitan dengan perkara yang berlaku di luar persekitaran sekolah, namun pentadbiran sekolah harus memandang serius apa jua kes yang membabitkan murid sekolah. Ringkasnya, ia bersangkutan dengan ketidakseimbangan mental dan emoasi yang didorong oleh pelbagai sebab. Dalam menanganinya, kita tidak kekurangan pendapat dan saranan. Ada yang menyimpulkan rentetan kejadian yang berlaku seperti murid dirogol dan dibunuh oleh murid sesama sekolah, murid bergaduh dan bertumbuk di perhimpunan sekolah, dan murid koma akibat dipukul oleh murid lain adalah kerana murid-murid ini tidak mempunyai kestabilan emosi akibat tekanan sosial yang hebat sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.
Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memperingatkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah (PPB/PPD), semua Pengetua  dan Guru Besar supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin di sekolah-sekolah. Pengurusan hal ehwal murid (HEM) hendaklah dimantapkan serta dipertingkatkan kecekapannya di pelbagai peringkat institusi pendidikan, iaitu di JPN, PPB/PPD, dan sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tanggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang
kemas kini.

 Pemantapan Sistem Pengurusan Murid Di Sekolah

Sistem rekod murid yang sedia (Kad 01 & 02) perlu dilihat semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan mengenai perkembangan akademik, emosi, sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. Melalui sistem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemaskan profil murid dari hari pertama persekolahan di sekolah masing-masing. Profil yang mengandungi maklumat murid seperti gambar murid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah. Kaedah sebegini adalah bertujuan supaya guru-guru dapat mengenali murid dan keluarganya dengan lebih dekat lagi.Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat yang selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Melalui Pemantapan Pengurusan Disiplin ini pihak yang berkenaan seperti Guru HEM dan Guru Besar dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya masalah disiplin pelajar di saekolah.Melalui Portal Kementerian Pelajaran Malaysia  kita dapat melihat pengurusan yang berkaitan dengan disiplin yang boleh dijadikan panduan kepada sekolah- sekolah di negeri Selangor ( JAIS ).

Tuesday, 28 May 2013

Pengenalan tentang disiplin

Disiplin dapat didefinisikan sebagai:

Mengikut kamus Oxford Advanced Learner’s, disiplin didefinisikan sebagai:

“ … is the practice of training people to obey rules and orders and punishing them if they do not”

  • Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”.
  • Mengikut Kamus Dewan Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda dikenakan”.
  • Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan (Training and punishment)”.
  • Disiplin adalah perkataan latin discere yang bermaksud penyerahan kepada peraturan yang  menstrukturkan    apa yang perlu dipelajari. (Souper; 1976 dalam Omardin Ashaari; 1999). Definisi ini memberikan penekanan kepada kepatuhan terhadap set peraturan yang telah ditentukan.
  •  Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan individu menghormati dan mematuhi undang-undang  sama ada kerana dorongan faktor luaran mahupun atas kerelaan dan kehendak sendiri. Takrifan ini merujuk disiplin dalam suatu kontinum yang sangat luas iaitu akur kepada peraturan yang tersedia.
  • Berdasarkan takrifan ini, Mohd. Ismail Othman (2004) menjelaskan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk bekerja atau melakukan sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mempraktikkan tingkah laku yang baik dan memelihara kepentingan orang lain. Takrifan ini membolehkan kita menentukan bahawa individu yang berdisiplin dicirikan oleh tiga kriteria penting iaitu komited terhadap tugasan, hormat kepada hak dan kepentingan orang lain serta berkelakuan baik.

  • Dalam konteks sekolah, Mok Soon Sang (1995) mengaitkan disiplin dengan kemampuan pelajar mematuhi peraturan sebagai suatu mekanisme kawalan tingkah laku melalui ganjaran dan hukuman. Guru harus bijak memilih pendekatan yang terbaik dalam membentuk disiplin pelajar sama ada melalui ganjaran atau hukuman. Selain itu guru perlu bersikap tegas, telus dan tekal dalam menangani masalah disiplin pelajar.

  • Menurut Buluc (2006), disiplin adalah berkait dengan pembangunan mekanisme dalaman yang membolehkan seseorang individu mengawal diri. Disiplin juga dikaitkan dengan suatu bentuk latihan yang dapat menghasilkan watak tertentu atau pola tingkahlaku yang diingini melalui peraturan dan cara-cara tertentu.
  • Disiplin juga sering dikaitkan dengan hukuman, terutamanya hukuman koperal. Hukuman koperal ialah bentuk tindakan yang mengakibatkan kesakitan kepada anggota badan. Hukuman rotan merupakan salah satu bentuk hukuman koperal yang masih diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia (Mohd. Rashid Mohd. Saad; 2005). Merotan pelajar perlu dilaksanakan mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.
  •  Seiring dengan perubahan persekitaran pendidikan, strategi menangani masalah disiplin pelajar juga perlu diberikan ‘sentuhan baru’ yang lebih berunsurkan ‘human touch’. Contohnya, perubahan minda tentang kesedaran masyarakat kini terhadap hak mendedahkan sekolah dan guru kepada risiko perundangan. Oleh itu sebarang tindakan disiplin yang diambil oleh guru dan pihak pengurusan sekolah perlu mengambilkira peruntukan perundangan dan prosuder yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama guru perlu menghayati kepentingan pengurusan disiplin pelajar secara berkesan dan merealisasikannya untuk mewujudkan suasana pengajran dan pembelajaran yang kondusif ke arah mencapai kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.
Ciri-ciri Disiplin

            Berdasarkan definisi disiplin yang telah dikemukakan, secara umumnya disiplin berhubungkait dengan tatasusila, kesopanan dan akhlak. (Omardin Ashaari;1999) Secara spesifik, disiplin berpaksikan peraturan dan disandarkan kepada kesediaan seseorang individu untuk akur dan tunduk kepada set peraturan yang perlu, iltizam terhadap kerja, tingkah laku baik dan  keupayaan mengawal diri serta usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan.   Disiplin dapat dibentuk melalui latihan berterusan dan pemberian ganjaran serta hukuman mengikut keperluan keadaan. 

 Antara ciri-ciri disiplin termasuklah komited terhadap tugasan, hormat kepada hak dan kepentingan orang lain serta berkelakuan baik. Pelajar-pelajar yang berdisiplin pula lazimnya rasional, berkeyakinan tinggi dan memiliki ketabahan dalam menghadapi tribulasi pembelajaran.(Omardin Ashaari;1999)dan Abdullah Sani Yahaya(2005) pula menyatakan ciri-ciri berikut sebagai ciri utama yang membentuk disiplin:
a)      kepercayaan kepada Tuhan
b)      kepatuhan terhadap undang-undang dan peraturan
c)      ketinggian akhlak dan sahsiah diri
d)     kemantapan nilai murni dan budi pekerti
e)      pemilikan ilmu pengetahuan
f)       peningkatan produktiviti
g)      keterampilan diri dan keperibadian
h)      kebijaksanaan (bestari) menangani situasi
i)      kualiti diri dan kehidupan


Jenis-jenis masalah disiplin

     Senario semasa di sekolah-sekolah menunjukkan trend masalah disiplin yang menonjol dalam beberapap jenis seperti datang lewat, ponteng sekolah, rambut panjang, ponteng kelas, mengganggu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah serta kegiatan vandalisme. (Mohd. Ismail Othman; 2004). Menurut kajian Unit Disiplin Bahagian Sekolah-sekolah  yang melibatkan seramai 1 191 233 orang pelajar di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 menunjukkan bahawa kecenderungan pelajar terhadap salah laku disiplin adalah menjurus kepada kesalahan-kesalahan disiplin yang ringan. Dapatan kajian tersebut dirumuskan dalam rajah di bawah:



Rajah 1 : Jenis-jenis salah laku disiplin pelajar di sekolah (sumber: Abdullah Sani
                          Yahaya, 2005; Mohd. Othman Ismail,2003)


datang lewat
1.43%
Ponteng sekolah
1.36 %
rambut panjang
0.92 %
Ponteng kelas
0.57 %
mengganggu p&p
0.25 %
vandalisme

0.16 %








FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KE ARAH 
MASALAH DISIPLIN PELAJAR

Masalah disiplin adalah sama tua dengan umur institusi sekolah. (Ibrahim Saad;1982) Justeru perbincangan tentang faktor-faktor masalah disiplin pelajar sekolah diMalaysia membuka kepada ruang perbahasan yang sangat luas. Walau bagaimanapun kecenderungan mengklasifikasikan faktor-faktor tersebut pada dekad yang berbeza tidak menunjukkan perbezaan pendapat atau dapatan yang ketara.

Amir Sharifuddin (1982) mengaitkan masalah disiplin dengan beberapa faktor seperti persekitaran rumah yang tidak kondusif, hubungan hambar guru-murid, kekecewaan dalam pembelajaran, peraturan sekolah yang terlalu rigid, iklim bilik darjah yang bersifat menindas sebahagian pelajar, kelemahan pihak pengurusan sekolah dan peminggiran pelajar yang mempunyai status sosial yang renPendapat tentang hubungan hambar antara guru dan murid mempunyai hubungan dengan pernyataan Anderson & Brewer’s 1946 (dalam Hashim Deraman et al.,2002) yang menyatakan bahawa terdapat dua jenis tingkah laku guru dalam interaksi semasa pengajaran dan pembelajaran dalam darjah. Dua jenis interaksi tersebut ialah interaksi dominatif dan integratif. Amaran, tengking-herdik dan tidak menerima cadangan pelajaran merupakan amalan interaksi dominatif. Guru mendominasi aktiviti bercakap dan mengeluarkan arahan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara amalan interaksi integratif pula termasuklah guru mengiktiraf perbezaan pendapat, menggalakkan partisipasi pelajar, berempati dan menggalakkan interaksi dua hala. Kedua-dua jenis tingkahlaku interaksi ini memberikan implikasi kepada pelajar secara positif dan negatif.


Dari sisi psikologi, sifat guru yang terlalu autokratik dan dominan menyebabkan emosi pelajar sentiasa dalam keadaan tegang.(Mohd. Salleh Lebar,2000) Akibatnya pelajar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan tertekan dan terpaksa. Suasana kan menjadi bertambah tegang apabila guru-guru yang mengajar menghabiskan masa dengan meleteri pelajar, menunjukkan muka yang tegang, terlalu serius tanpa unsur kecindan dan cenderung melabel serta menghukum pelajar. Pelajar yang gagal mengawal emosi akan menimbulkan masalah disiplin sebagai jalan keluar daripada tekanan yang dialami.

Malek Murad (1982) pula menggabungkan faktor-faktor kemasyarakatn khususnya perubahan sosial yang mewujudkan jurang nilai antara generasi ibu bapa sebagai golongan yang lebih tua dengan generasi anak sebagai punca utama. Charles (2002) dalam Mohd. Ismail Othman (2004) juga merujuk kepada faktor masyarakat yang kurang prihatin terhadap permasalahan salah laku pelajar sekolah sebagai penyumbang utama terhadap masalah disiplin pelajar di Barat. Mohd. Ismail Othman (2004) memberikan respons yang senada dengan pendapat ini namun beliau turut menyenaraikan guru, ibu bapa, media, persekitaran dan rakan sebaya sebagai punca masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah di Malaysia.Dalam kajian lain (Masruhan; 1995 dalam Mohd. Ismail Othman; 2004) menekankan pengaruh rakan sebaya sebagai faktor penyumbang paling berpengaruh terhadap masalah disiplin pelajar.

Menurut Rajagu dan Mohd. Daud Saad (1982) faktor kekeluargaan dan faktor sekolah merupakan dua faktor penting yang menyumbang kepada percambahan masalah disiplin pelajar. Pendapat ini mempunyai persamaan dengan dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu. Herriot & St. John (1966) (dalam Omardin Ashaari;1999) umpamanya menegaskan bahawa institusi keluarga yang tidak sempurna serta sikap ibu bapa yang tidak prihatin terhadap perkembangan dan keperluan anak, menentang peraturan sekolah dan terlalu membela anak menyumbang kepada gejala salah laku disiplin di kalangan pelajar. Kajian juga menunjukkan bahawa pelajar yang cenderung melakukan kesalahan disiplin ialah pelajar yang mempunyai status sosio ekonomi yang rendah.






Modul Pengurusan Disiplin Pelajar Sekolah-sekolah Negeri Selangor

Modul Pengurusan Disiplin Pelajar di sekolah JAIS ini telah diperkenalkan oleh bahagian BPI JAIS bagi memudahkan Guru Disiplin dan Guru HEM merancang serta membuat penambahbaikan terhadap disiplin murid di setiap sekolah. Di dalam organisasi yang telah dilantik AJK seharusnya menjalankan tanggungjawab dalam meningkatkan prestasi murid serta membantu pihak sekolah menangani masalah yang melibatkan diisiplin pelajar di sekolah masing-masing. Sepertimana yang difahami, Badan Disiplin  sekolah seharusnya berperanan melantik pengawas yang boleh menjalankan tugas dengan sebaiknya serta yang akan membantu dalam pengurusan di sekolah. Dalam mesyuarat yang dijalankan juga Guru Disipilin perlu menjelaskan tugas kepada semua pengawas bagi memudahkan mereka memahami tugas masing-masing di sekolah. Pengawas yang dilantik adalah hasil daripada temuduga yang telah dijalankan oleh Guru Disiplin dan mereka ini adalah yang telah melepasi ujian yang telah dijalankan. Bagi yang memerlukan panduan dalam pengurusan disiplin di sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor dan juga sekolah-sekolah yang berkaitan, di bawah ini disertakan panduan Modul Pengurusan Disiplin yang boleh dikongsi bersama bagi mengurangkan masalah disipin di sekolah. Diharapkan ianya dapat memberikan manfaat serta pengetahuan kepada semua. Di bawah ini Modul yang boleh digunakan dalam Pengurusan Disiplin   di sekolah dan semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.
Terima Kasih




MODUL PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SELANGOR


Isi Kandungan
1. Carta Ahli Lembaga Disiplin Sekolah
2. Carta Organisasi AJK Disiplin Sekolah
3. Mesyuarat Lembaga disiplin Sekolah
4. Penguatkuasaan disiplin sekolah
5. Perlantikan pengawas sekolah
6. Penutup

_________________________________________________________________



CARTA ORGANISASI AJK LEMBAGA DISIPLIN

Guru Besar
( Pengerusi ) 
GPK 1
( Naib Pengerusi )
GPK HEM 
( Naib Pengerusi 2 )
Ketua Guru Disiplin 
( Setiausaha )
Guru Disiplin 
( Ahli )
Penyelaras Kelas
( Ahli )
Ahli-ahli lain yang difikirkan perlu


___________________________________________________________________



BADAN DISIPLIN

Guru Besar
( Penasihat 1 )
GPK 1
( Penasihat 2 )
GPK HEM
( pengerusi )
Ketua Guru Disiplin
Setiausaha Badan Disiplin
5 orang AJK guru disiplin
Pengawas sekolah ( Semua pengawas yang dilantik oleh sekolah )


___________________________________________________________________

MESYUARAT LEMBAGA DISIPLIN SEKOLAH


1. Perancangan Mesyuarat
    1.1 Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali (2) setahun.
    1.2 Ketua Guru Disiplin merancang dan menetapkan Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah bersama GPK
          HEM.

2. Notis Mesyuarat
    2.1 Ketua Guru Disiplin mengedar surat panggilan Mesyuarat Lembaga Disiplin sebelum mesyuarat.
    2.2 Semua guru berkenaan dikehendaki menyediakan laporan yang perlu untuk di bawa ke mesyuarat. 

3. Pelaksanaan Mesyuarat

3.1 Agenda Mesyuarat
      3.1.1 Ucapan Pengerusi
      3.1.2 Pengesahan minit mesyuarat
      3.1.3 Perkara-perkara berbangkit
      3.1.4 Perkara-perkara berikut hendaklah dibincangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Disiplin Sekolah
               bagi tujuan penilaian.
               3.1.4.1 Mengesahkan laporan statistik disiplin sekolah  ( BOR/DIS/001-/ ) 
               3.1.4.2 Keberkesanan kawalan disiplin
               3.1.4.3 Kes-kes kesalahan berat dan tindakan yang diambil
               3.1.4.4 Strategi Peningkatan Disiplin
      3.1.5 Hal-hal lain

3.2 Minit mesyuarat
      Minit mesyuarat dicatat oleh pencatat minit, disemak oleh Setiausaha Mesyuarat dan disahkan oleh GPK
      HEM. Minit mesyuarat akan diedarkan bersama Senarai Tindakan Mesyuarat ( LAM/DIS/001-2 )
      selepas mesyuarat dilaksanakan. 

4. Tindakan susulan
     4.1 GPK HEM bertanggungjawab memantau status tindakan sebagaimana yang telah diputuskan oleh
           mesyuarat dan dinyatakan dalam Senarai Mesyuarat ( LAM/DIS/001-2 )
     4.2 Guru Besar dikehendaki memastikan tindakan susulan telah diambil oleh mereka yang terlibat seperti
           yang telah dinyatakan dalam senarai tindakan mesyuarat. Laporan Pemantauan Status Tindakan
           ( LAM/DIS/001-3) akan di bawa ke mesyuarat yang berikutnya.  
     4.3 Ketua Guru Disiplin hendaklah menyediakan Laporan Disiplin Sekolah ( LAM/DIS/001-1 ) untuk
           dibentangkan dalam Mesyuarat Hal Ehwal Murid akhir tahun. 


____________________________________________________________________

PENGUATKUASAAN DISIPLIN SEKOLAH


1. Mengenalpasti Masalah Disiplin Sekolah
    1.1 Masalah Disiplin dikenalpasti melalui:
          1.1.1 Pemeriksaan yang dilakukan oleh Badan Disiplin Sekolah dibantu oleh guru-guru dan pengawas
                   sekolah.
          1.1.2 Aduan yang diterima daripada murid, ibubapa atau penjaga dan lain-lain yang berkaitan.

    1.2 Semua masalah disiplin yang dikenalpasti hendaklah direkodkan di dalam Kad Penalti
          ( LAM/DIS/002-1 ) atau yang seumpamanya.

2. Penguatkuasaan disiplin sekolah 
    2.1 Badan disiplin sekolah mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar dengan merujuk buku PSP.
    2.2 semua tindakan disiplin hendaklah direkodkan di dalam Kad Penalti ( LAM/DIS/002-1 ) atau yang
          seumpamanya oleh Badan Disiplin Sekolah.
    2.3 Tindakan Disiplin yang melibatkan potongan 40 mata ke atas perlu di laporkan ke Sektor
          Pembangunan Kemanusiaan BPI.JAIS.

3. Anallisa dan Penilaian 
    3.1 Semua aktiviti yang berlaku akan dinilai dan dianalisis oleh Badan Disiplin Sekolah sebelum Mesyuarat
          Lembaga Disiplin Sekolah . Antara perkara-perkara yang dinilai adalah seperti berikut:
          3.1.1 Salahlaku yang berlaku mengikut jenis salahlaku.
          3.1.2 Tindakan disiplin yang telah dilaksanakan
          3.1.3 Kekangan Badan Disiplin Sekolah dalam penguatkuasaan disiplin sekolah.
          3.1.4 Cadangan-cadangan penambahbaikan.
          3.1.5 Perkara lain( jika ada )


__________________________________________________________________

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH


1. Perancangan
    1.1 Badan Disiplin Sekolah menjalankan Mesyuarat Perlantikan Pengawas Sekolah bermula pada
          penggal ke-2 persekolahan untuk perlantikan tahun berikutnya. 
    1.2 Mesyuarat ini membincangkan perkara-perkara berikut:
          1.2.1 Menilai prestasi pengawas sedia ada melalui pemerhatian secara umum.
          1.2.2 Menetapkan tempoh pencalonan.
          1.2.3 Melantik ketua panel dan sekurang-kurangnya seorang ahli panel penemuduga.
          1.2.4 Menyediakan garis panduan pencalonan dan temuduga.
          1.2.5 Menetapkan tarikh perlantikan.

2. Pencalonan
    2.1 Badan Disiplin Sekolah mengedarkan Borang Pencalonan Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-1 )
          kepada Guru Kelas Tahap (2) atau bagi sekolah yang memerlukan , boleh melibatkan tahap satu (1)
          tahun satu  hingga tahun tiga.
    2.2 Guru Kelas mengembalikan Borang Pencalonan Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-1 ) dalam masa
          satu minggu dari tarikh borang pencalonan diedarkan. 

3. Temuduga
    3.1 Panel Penemuduga Pengawas Sekolah melaksanakan temuduga  menggunakan Borang Temuduga
          Pengawas Sekolah (BOR/DIS/003-2 )
    3.2 Panel Penemuduga Pengawas sekolah akan mengadakan perbincangan setelah proses temuduga
          selesai untuk membuat pemilihan calon-calon pengawas yang berjaya. 
   3.3 Panel Penemuduga melaporkan Keputusan Temuduga Pemilihan Pengawas sekolah 
         ( BOR/DIS/003-3) kepada Badan Disiplin Sekolah selewat-lewatnya satu menggu dari tarikh
         temuduga selesai dilaksanakan.

4. Perlantikan
    4.1 GPK HEM akan mengesahkan laporan keputusan temuduga dan senarai nama pengawas yang akan
          dilantik.
    4.2 Ketua Guru Disiplin Sekolah akan menyediakan surat lantikan Pengawas Sekolah yang akan
          ditandatangani oleh Gu8ru Besar. 
    4.3 Majlis perlantikan disempurnakan oleh Guru Besar dalam perhimpunan sekolah. GPK HEM
          hendaklah bertanggungjawab memastikan aktiviti perlantikan ini selersai dilaksanakan 
          selewat-lewatnya akhir Januari. 

_______________________________________________________________
PENYUDAH KATA

  • Diharapkan sekolah dapat memainkan peranan penting dalam mengawal salah laku disiplin di sekolah
  • Keselarasan tindakan di semua sekolah SRA/SRAI adalah menunjukkan kehebatan pengurusan, walaupun tidak mempunyai prasarana yang mencukupi.
  • Yang hak tanpa peraturan boleh dikalahkan oleh yang batil yang mempunyai peraturan.




**********************************************************************
Sekolah-sekolah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor baru memulakan sistem PSP dan masalah disiplin di sekolah ini tidaklah begitu ketara jika dibandingkan dengan sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM). Ini adalah permulaan untuk JAIS meningkatkan pengurusan disiplin di sekolah dan diharapkan ianya dapat membantu guru-guru di sekolah dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan masalah disiplin. Modul ini sekurang-kurangnya membantu guru-guru dalam mengurangkan masalah disiplin di sekolah seterusnya  memberi peluang kepada pelajar untuk lebih berdisiplin ketika berada di sekolah. Inilah yang diharapkan oleh semua guru untuk memastikan pelajarnya tidak terlibat dalam masalah disiplin serta berkelakuan lebih baik ketika berada di sekolah. Jawatankuasa yang terlibat juga seharusnya mengambil peranan dalam menjayakan Modul yang telah diperkenalkan bagi mengurangkan masalah disiplin di sekolah.
    

Surat-surat yang berkaitan dengan sistem Penalti ( PSP )


Berikut adalah surat-surat yang berkaitan dengan sistem penalti yang dijalankan di SRA/SRAI negeri Selangor di bawah Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS). Setiap murid yang terlibat dengan kesalahan masalah disiplin akan menerima surat-surat yang berkaitan daripada guru Disiplin atau Guru HEM. Pada kesalahan pertama yang dianggap kesalahan serius, pelajar akan diberi surat amaran berkaitan dengan kesalahan yang telah dilakukan. Tujuan pemberitahuan surat ini adalah untuk mengingatkan pelajar akan kesalahan yang telah dilakukan dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan tersebut. 

Sekiranya kesalahan yang dilakukan oleh pelajar adalah kesalahan yang besar, surat akur janji yang melibatkanpelajar dan  ibubapa / penjaga perlu diisi bagi memaklumkan kesalahan yang telah dilakukan. Surat akur janji ini adalah supaya pelajar tersebut tidak akan mengulangi kesalahannya dan akan disimpan sebagai bukti kesalahan. Setiap murid yang melakukan kesalahan akan mengisi borang perakuan murid bagi merekodkan kesalahan yang telah dilakukannya. 

Tugas merekod dan mencatat segala maklumat yang berkaitan dengan masalah disiplin ini adalah tanggungjawab guru disiplin dan juga Guru HEM bagi memastikan setiap murid tidak akan melakukan kesalahan dan seterusnya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Surat-surat yang berkaitan inilah yang akan pelajar terima sekiranya mereka melakukan kesalahan-kesalahan yang besar yang melibatkan disiplin mereka di sekolah.


Surat Pemberitahuan / Amaran


Surat Akujanji


Borang Pengakuan Murid


Monday, 27 May 2013

Lampiran-lampiran Yang Berkaitan Dengan Masalah Disiplin Murid

Di sertakan lampiran -lampiran yang berkaitan dengan masalah disiplin murid yang digunakan oleh guru disiplin setiap kali berhadapan dengan murid yang bermasalah. Kad penalti ini wajib diisi oleh setiap murid dari tahun1 sehingga tahun 6. Segala maklumat peribadi akan tercatat di dalam kad penalti ini. Setiap murid wajib mengisi kad ini dan tidak terkecuali. Buku rekod disiplin adalah untuk merekod kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dan tindakan yang telah diambil hendaklah dicatat bagi menegnalpasti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Kad saman kebiasaannya adalah dipegang oleh pengawas sekolah yang telah dilantik oleh guru disiplin bagi mencatat kesalahan yang dilakukan oleh pelajar di dalam kawasan sekolah yang melibatkan kesalahan-kesalahan tertentu. Kebiasaannya pengawas yang dilantik akan mencatat kesalahan yang dilakukan oleh murid lain dan meminta murid tersebut berjumpa dengan guru disiplin atau Guru HEM bagi diambil tindakan seterusnya. Kesalahan yang terdapat pada kad saman adalah kesalahan-kesalahan kecil yang boleh dimaafi sekiranya ada murid yang melakukannya. Borang aduan adalah untuk digunakan oleh ibubapa / penjaga  atau masyarakat luar yang ingin membuat aduan berkaitan dengan kelakuan murid di sekolah masing-masing. Borang aduan ini akan diberkan kepada mereka yang ingin membuat aduan berkaitan kesalahan murid. Di bawah ini disertakan contoh lampiran yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar yang boleh dikongsikan bersama  sebagai panduan menangani masalah disiplin pelajar.

Kad Penalti



Buku Rekod Disiplin


Kad Saman



Borang Aduan Salah Laku Murid

video contoh masalah disiplin pelajar